• 10 Ogos 2022 | 12 Muharam 1444

Ambil Kira Pandangan Pakar Tentang SOP Solat

KUALA TERENGGANU, 13 Januari – Kerajaan Terengganu patuh dan mengambil kira pandangan daripada semua pakar sebelum Prosedur Operasi Standard (SOP) solat berjemaah tanpa penjarakan dilaksanakan di mana-mana masjid  negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, buat masa ini rakyat perlu patuh dan menunaikan solat dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Yang menentukan polisi sebagaimana yang saya sebutkan tadi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), penguasa agama ialah KDYMM Tuanku Al-Sultan Terengganu, sudah tentulah penguasa agama dan MAIDAM dapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta kementerian kesihatan Malaysia,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Meraikan Persaraan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terenggnu (JHEAT), Mat Azmi Arshad dan Apresiasi Pegawai serta Kakitangan Bahagian Undang-Undang keluarga di Taman Tamadun Islam di sini, pada hari ini.

Mohd Nor berharap agar semua pihak faham dengan situasi sekarang dan berganding bahu berusaha menyelesaikan masalah wabak maut yang melanda seluruh dunia sekarang ini.


Tag: