• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Anak Besut Cemerlang Di Universiti Liverpool



Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mohktar  mengucapkan tahniah di atas kejayaan anak jati Kota Putera, Besut Wan Nur Faezah Wan Mustafa atas kejayaan menamatkan pelajaran dengan cemerlang serta memperoleh First Class (Hons) Ijazah Perakaunan di University of Liverpool, England.

Katanya, pujian juga harus wajar diberikan kepada ibu bapa pelajar itu, Wan Mustafa Hussin, 56, dan ibunya Zaiton Zakaria, 54, di atas pencapaian anakanda mereka yang sangat membanggakan  itu dan pastinya memberikan kegembiraan yang bermakna buat keluarga.

“Saya juga difahamkan bahawa beliau datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, namun ia bukanlah satu halangan untuk beliau mengecapi kejayaan ini.

“Kejayaan anak kelahiran Besut yang juga anak petani  ini turut menjadi kebanggaan rakyat  Terengganu dan diharapkan dapat menjadi penyuntik semangat buat pelajar lain untuk mencontohi beliau,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada hari ini,

Wan Nur Faezah pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Besut,  memperoleh keputusan 8A+ dan 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  2014 , ditawarkan  melanjutkan pelajaran ke University of Liverpool, England dalam bidang Perakaunan dan Kewangan selama tiga tahun bermula September  2015.


Tag: