• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Anak Terengganu Hasilkan Sabun D'Iman

Oleh : Fatimah Din 

MARANG , 5 April - Syarikat anak Terengganu, Koperasi Pembangunan Ekonomi Rakyat Terengganu Bhd (Co-Pekerti)  berjaya menghasilkan sabun dan pes pembancuh sendiri dengan jenama D'Iman.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini  A.Rahman turut bangga dengan pencapaian tersebut.

Katanya, koperasi itu telah berjaya menghasilkan sabun D'Iman yang siap dibotolkan, mesin membuat sabun dan pes turut akan dijual di rumah-rumah.


"Saya doakan usaha ini dapat diterima baik oleh rakyat negeri Terengganu Darul Iman dan berharap Co-Pekerti terus maju," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian berucap di Majlis Perasmian Kilang Sabun Koperasi berkenaan dan Pelancaran Sabun D'Iman di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Yayasan Pembangunan Usahawan(YPU), Bukit Kor, di sini baru-baru ini. 

Menurut Nurkhuzaini, pihak koperasi turut memaklumkan, sabun D'Iman adalah produk pertama koperasi berkenaan yang akan diedarkan ke seluruh Terengganu. 

"Untuk memudahkan rakyat  sebagai pelanggan mendapatkannya di semua premis jualan yang ada," katanya


Tag: