• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Antara Dua; Dosa Atau Pahala

Shaharizukirnain mengingatkan ahli MPKK supaya amanah dan telus dalam menjalankan tanggungjawab.
Oleh: Helmi Salam

SETIU - Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bertanggungjawab sebagai perantara antara kerajaan dan rakyat yang akan dipersoalkan di hari akhirat kelak.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, penyaluran maklumat kepada rakyat seperti di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen dan kerajaan negeri adalah satu amanah.

"Amanah dan tanggungjawab ini sangat besar dan akan ditanya oleh Allah pada hari kiamat kelak.

"Insya-Allah dengan kerja amal seperti ini kita akan mendapat pahala di sisi Allah SWT," tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan sekitar 60 orang wanita yang memegang jawatan dalam MPKK dalam DUN Batu Rakit di Balai Raya Maras, kelmarin (23 September).

Tambah Shaharizukirnain, siapa sahaja samaada lelaki ataupun perempuan, amanah yang dipikul oleh MPKK dalam membela kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan.

Turut hadir, Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Wan Ramlah Wan Ab Rahman.

Tag: