• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Aplikasi www.botpenambang.com Tingkat Perkhidmatan Bot Penambang

Bot penambang miliki kelainan tersendiri.
KUALA TERENGGANU - Aplikasi www.botpenambang.com sedang dibangunkan untuk meningkatkan perkhidmatan bot penambang di Sungai Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Perarakan Jalur Gemilang Bot Penambang, Datuk Andri Aidham Ahmad Badri berkata, usaha itu dilakukan bagi memastikan bot penambang tidak pupus ditelan arus kemodenan.

"Bot penambang menjadi pengangkutan utama suatu masa dahulu dan merupakan lambang keikhlasan dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

"Ia memiliki nilai tersendiri dan kita perlu mengangkat kembali ikon negeri Terengganu ini sesuai dengan masa kini," katanya.

Beliau mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) Dah Jumpa! membina aplikasi tersebut bagi memudahkan pengunjung menggunakan bot penambang.
Ruang dalam dengan dekorasi klasik mendamaikan.

"Kita mendapatkan kerjasama pengusaha pelancongan supaya menjadikan perkhidmatan ini salah satu aktiviti khusus dalam pelancongan.

"Laluan-laluan baru diwujudkan dan aspek keselamatan dinaik taraf. Selain itu, harga tambang juga akan diselaraskan," katanya.

Bilangan bot penambang beroperasi merundum kepada 14 buah sahaja berbanding 20 buah pada tiga tahun lalu.

Dijangkakan, aplikasi yang akan dilancarkan bulan hadapan dapat meningkatkan perkhidmatan bot penambang dalam industri pelancongan.

Masjid Kristal antara laluan baharu yang disediakan.



Tag: