• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

BESUT, 18 November- Seramai tiga keluarga asnaf di setiap kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menerima bantuan barangan keperluan melalui Program Food Bank daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Bantuan ini diberikan bagi meringankan beban gologan asnaf yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan pandemik COVID-19.

Bantuan telah disampaikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut,  Azbi Salleh bersama pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN Kuala Besut, semalam

Sementara itu, Azbi mengucapkan terima kasih kepada YaPEIM yang turut membantu penduduk terkesan akibat COVID-19.

“Kami pihak Pusat Khidmat DUN Kuala Besut membantu penduduk dengan menyalurkan banyak bantuan kepada penduduk yang terjejas termasuk yang disumbangkan oleh pihak- pihak yang prihatin.

“Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak YaPEIM kerana turut menyumbang kepada penduduk DUN Kuala Besut," ujarnya.


Tag: