• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Aspek Kebajikan Jadi Agenda Puspanita


Kamisah (kanan) ketika merasmikan  Puspanita Cawangan Daerah Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.Foto oleh Harish Fazillah Kassim

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu akan merencanakan lebih banyak program dengan memberikan fokus terhadap aspek kebajikan seiring dengan hasrat kerajaan berasaskan lapan prinsip Transformasi Terengganu Baharu.

Pengerusi Puspanita Terengganu, To’ Puan Anis Hamid, berkata oleh itu, pihaknya akan menggunakan platform itu sebaik mungkin bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh menjana sumbangan idea-idea, bakat dan tenaga ahli-ahli Puspanita.

“InsyaAllah dengan pengurusan yang tersusun dan komitmen semua ahli, aktiviti ini akan melahirkan satu semangat berpasukan yang tinggi, selain dapat memberi satu impak yang baik dan manfaat kepada masyarakat,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Puspanita Cawangan Daerah Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi 1 Puspanita Terengganu, To' Puan Kamisah Dollah.

Hadir sama, Pengerusi Puspanita Cawangan Daerah Kuala Nerus, Datin Nor Zaini Abd Latif.

Anis berkata, beliau amat percaya dengan kepimpinan Nor Zaini bersama barisan ahli jawatankuasa yang telah dilantik itu bakal mengangkat Puspanita  Daerah Kuala Nerus sebaris dengan Puspanita daerah lain.



“Bersama-sama menjayakan misi Puspanita iaitu menjadi wanita yang berdaya saing, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertakwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat,”katanya.

Tag: