• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Atlet PSMZA Menyinar Di SUKMA 2022

DUNGUN, 25 September - Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ( PSMZA) antara individu yang melakar sejarah tersendiri di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 dengan turut menyumbang pingat kepada Kontijen Negeri Terengganu. 

Dua pelajar institusi pengajian itu, Ahmad Arif Hakimi Mohd Hanizan dan Muhammad Amir Hilmi Burhan Shahidi dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah berjaya menambah pingat emas menerusi acara Petanque Berpasukan Lelaki yang berlangsung di Arena Petanque Pudu Ulu, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengarah PSMZA Mohd Fikri Ismail berkata, pihak PSMZA merakamkan setinggi penghargaan kepada pelajar terlibat.

"Tahniah kerana berjaya menambah pingat emas kontinjen Terengganu setelah empat tahun menjalani latihan, penyertaan SUKMA kali ini merupakan yang terakhir buat mereka berdua bersama PSMZA," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat (UKK) PSMZA, hari ini.

 

Menurut kenyataan tersebut, seorang lagi pelajar, Wan Muhammad Sabri Wan Zuki dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik berjaya memungut pingat Perak dalam acara Muaythai bagi kategori 57 kg - 60 kg  yang diadakan di South City Plaza, Seri Kembangan, Kuala Lumpur. 

"Tahniah dan sekalung penghargaan daripada pengarah dan seluruh Ahli Mesyuarat Pengurusan serta warga PSMZA kerana pelajar-pelajar ini telah mengharumkan nama PSMZA di persada tanah air," ujar jurucakap UKK dalam kenyataan tersebut.

 


Tag: