• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Awas 'Scammer Homestay' Kini Kembali

HULU TERENGGANU, 3 September - Orang ramai dinasihati agar berhati-hati dengan 'scammer homestay' susulan satu lagi kejadian  penipuan sewa inap desa di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, mangsa telah menempah satu homestay di Kuala Terengganu secara dalam talian rugi RM2,900 inap desa yang ditawarkan itu wujud namun pemiliknya orang lain.

Menurut beliau, sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan rasmi daripada mangsa dan polis hanya dihubungi dalam kejadian berkenaan.

Justeru itu katanya, sekiranya ingin membuat tempahan secara atas talian, orang ramai perlu berhati-hati dan tengok ulasan-ulasan sebelumnya oleh pengguna-pengguna dan penyewa terdahulu bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Jika tidak pasti jangan mengambil risiko kerana mereka(pemilik inap desa) akan minta deposit sahaja tetapi 'scammer' biasanya akan minta bayaran penuh walaupun belum mengambil kunci," ujarnya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Produk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Ibu Pejabat Daerah Hulu Terengganu di Pengkalan Lawit Tasik Kenyir, di sini hari ini.

Menurut Rohaimi, mangsa  menyewa inap desa berkenaan untuk rakannya setelah melayari laman tempahan secara atas talian dan membuat bayaran penuh.

"Suspek menggunakan helah dengan mengiklankan inap desa milik orang lain dan meletakkan nombor telefonnya bagi memerangkap mangsa," ujarnya.