• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Bagaimana Solat Tarawih, Ihya' Ramadan Terengganu?

Selaras dengan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) pada 2 Mac 2021 berkaitan pelaksanaan aktiviti ibadat di masjid dan surau dalam negeri Terengganu, berikut adalah garis panduan yang hendaklah dipatuhi sepanjang bulan Ramadan:

Solat Sunat Tarawih DIBENARKAN mengikut ruang solat dan kawasan Masjid dan Surau.

Kutipan zakat fitrah oleh amil-amil yang bertauliah DIBENARKAN dilaksanakan di masjid dan surau disamping pembayaran secara dalam talian (online).

Penyediaan Iftar, moreh dan sahur DIBENARKAN SECARA BUNGKUS SAHAJA.

Jawatankuasa masjid dan surau DIBENARKAN untuk menyediakan buah kurma dan minuman untuk berbuka apabila waktu berbuka telah tiba.

Tadarus Al-Quran DIBENARKAN diadakan di Masjid dan Surau.

Qiamullail DIBENARKAN diadakan di Masjid dan Surau.

Penggunaan penghawa dingin adalah DIBENARKAN.

Masjid dan surau hendaklah mewujudkan pasukan petugas yang terdiri daripada lelaki dan wanita untuk mengawal jemaah sepanjang keberadaan mereka di Masjid dan Surau.

Jawatankuasa masjid dan surau hendaklah sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Kesihatan dan Keselamatan yang berkuatkuasa sepanjang aktiviti ibadat di bulan Ramadan dilaksanakan.

PENUTUP

Garis Panduan ini terpakai dan berkuat kuasa pada 12 April 2021 mulai Solat Sunat Tarawih sehingga satu ketetapan baharu yang akan dikeluarkan oleh Jabatan ini secara rasmi dari masa ke masa.

Mohon kerjasama daripada Jawatankuasa , Pegawai Masjid dan Jemaah  untuk sama-sama mematuhi segala garis panduan ini bagi menjamin keselamatan bersama.

Sebagai Peringatan, adalah dimaklumkan pihak penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa masjid atau surau boleh dikenakan tindakan jika berlaku pelanggaran terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) Kesihatan dan Keselamatan serta arahan dan garis panduan ini.

 

 


Tag: