• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Bajet 2018 : Pendapatan Bulanan Isi Rumah Meningkat

ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini Terengganu merekodkan pencapaian paling tinggi bagi Pendapatan Bulanan Isi Rumah Penengah apabila merekodkan 24.2 peratus dalam tempoh 2014 hingga 2015.

Beliau ketika membahaskan Bajet 2018 menjelaskan, kajian oleh pakar ekonomi iaitu Tan Sri Profesor Dr. Noor Azlan Ghazali menerusi Laporan Jabatan Statistik mengenai Pendapatan Bulanan Isi Rumah Penengah menunjukkan Terengganu berada di kedudukan lima terbaik, berbanding sembilan negeri yang lain.

“Terengganu melebihi purata kebangsaan pada tahun 2014 dan yang paling tinggi berbanding sembilan negeri lain. Hanya di depan kita adalah Selangor, Johor, Melaka dan Pulau Pinang.

“Ini adalah indikator yang lebih baik daripada pendapatan purata isi rumah. Dan ini kita dapat lihat walaupun KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) kita di ambang 3.1 hingga 3.8 peratus tetapi pendapatan rakyat sudah meningkat. Ini menunjukkan bahawa perjuangan kita (Barisan Nasional) sejak dahulu lagi, daripada Menteri Besar yang lama, yang dulu, mantan Menteri Besar , sebelah saya Adun Kijal (Dato’ Seri Ahmad Said) yang ada bersama dengan kita pada hari ini. Hasil ini hanya boleh dicapai atas perjuangan mereka sejak dahulu lagi. Syabas Kerajaan Barisan Nasional. Terima Kasih kepada semua pejuang-pejuang kita,” katanya. - http://terengganu.news

Tag: