• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Bajet 2018 : Syarat Dana Raya, Bakti Remaja Dilonggarkan


Kerajaan negeri akan melonggarkan syarat kelayakan untuk pendapatan bagi penerima Dana Raya dan Dana Bakti Remaja bermula tahun depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, syarat pendapatan isi rumah bagi dana raya akan dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000 manakala bagi dana bakti remaja dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000.

“Dengan kenaikan syarat pendapatan ini, bilangan penerima dana raya dianggarkan meningkat daripada 240,294 kepada 264,294 orang menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM99 juta.

“Manakala bagi pemberian Dana Bakti Remaja, jumlah peruntukan meningkat daripada RM22.7 juta kepada RM27 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Terengganu 2018 di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Iman, hari ini.

Tag: