• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

BAJET 2022: OKU, Kaum Ibu, Belia dan Mahasiswa Terima Bantuan One-Off

KUALA TERENGGANU, 15 November- Berbanding tahun lalu, dalam Belanjawan 2022 Terengganu Darul Iman kali ini, kerajaan negeri mengumumkan pelbagai bantuan tunai terus kepada rakyat melalui pelbagai program.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi menyokong pemberdayaan wanita dan belia, bantuan tunai 'one-off' sebanyak RM150 akan diagihkan kepada 6,000 isteri ketua isi rumah e-Kasih dan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,500.

"Bagi menyokong kewangan golongan belia, dengan ini saya mengumumkan bantuan tunai one-off bernilai RM150 kepada 66,400 belia bujang berumur antara 18 hingga 39 tahun dan 21,800 orang mahasiswa daripada isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.

"Selain itu, seramai 8,900 orang kelainan upaya (OKU) daripada isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah juga akan menerima bantuan tunai one-off bernilai RM150.

"Diharapkan bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk memenuhi keperluan," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 


Tag: