• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Bakal Raja Sehari Redha Majlis Kahwin Ditangguh

DUNGUN, 4 Mac- Walaupun majlis perkahwinannya terpaksa ditangguhkan ekoran banjir yang melanda Kampung Delong, bakal 'raja sehari' Che Norfazila Che Anera, 27, tetap redha.

Disebabkan rumahnya turut dinaiki air, Che Norfazila dan keluarga terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bertempat di Sekolah Kebangsaan Delong.

"Majlis sepatutnya diadakan pada hari Jumaat, 4 Mac tapi tak apalah kena cari tarikh lain, saya redha je," katanya.

Norfazila  ditemui ketika lawatan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang ke PPS di dalam DUN tersebut.

"Persiapan sudah hampir separuh, tidaklah rasa kecewa sangat, mungkin ada hikmahnya, kita hanya mampu merancang, ketentuannya adalah dari Allah " katanya.


Tag: