Jalur Gemilang
Berita :
Bakat Muda Jabi Pamer Aksi Luar Biasa Sempena Hari Malaysia
Bakat Muda Jabi Pamer Aksi Luar Biasa Sempena Hari Malaysia
Hidayah Azlin
1 jam yang lepas
64

SETIU, 17 September – Kehangatan sambutan Hari Malaysia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi dimeriahkan lagi dengan aksi lincah anak-anak Kampung Bahagia yang mempamerkan bakat luar biasa dalam perlawanan bola sepak santai, semalam.

Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi,  Dato’ Dr. Azman Ibrahim menyerikan lagi suasana apabila beliau sendiri turun padang bagi menyokong serta menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Dr Azman menzahirkan rasa teruja melihat semangat kesukanan dan potensi besar yang ditunjukkan oleh anak-anak muda di kampung berkenaan.


"Seronok tengok anak-anak Kampung Bahagia beraksi. Bakal bintang bola sepak suatu hari nanti," katanya.


Di samping memberi sokongan terhadap minat sukan mereka, Dr. Azman tidak melepaskan peluang menitipkan pesanan mesra agar generasi muda sentiasa seimbang dari segi akademik dan sahsiah diri.


"Saya doakan semoga anak-anak semua berjaya dunia akhirat. Jaga diri, akhlak dan peribadi. Belajar bersungguh-sungguh," pesannya.


Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa syukur atas suasana harmoni yang sentiasa subur dalam kalangan warga Kampung Bahagia.


"Bahagia bukan hanya pada nama kampung. Alhamdulillah, penduduk Kampung Bahagia, Jabi hidup aman, harmoni dan bahagia," tambah beliau.


Penganjuran aktiviti riadah sempena cuti umum sebegini terbukti bukan sahaja menjadi medan mengasah bakat muda, malah berjaya mengukuhkan ukhuwah serta semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan