• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Banjir Terengganu Pulih, PPS Ditutup

KUALA TERENGGANU, 14 Disember- Kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Terengganu yang dbuka hujung minggu lalu, dengan rasminya ditutup hari ini, tetapi Bilik Gerakan Bencana Negeri (BGBN) Terengganu bagaimanapun berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, PPS Sekolah Kebangsaan Atas Tol yang dibuka sejak Jumaat lalu, ditutup dengan 17 keluarga terakhir melibatkan 52 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, pada jam 12.00 tengahari tadi.

Pada fasa kali ini, Terengganu merekodkan sebanyak 11 PPS dibuka pada hujung minggu lalu sehingga semalam melibatkan lima daerah iaitu Setiu, Besut, Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sementara di Hulu Terengganu, situasi banjir terkawal dan tiada PPS dibuka.

Gelombang pertama yang berakhir hari ini, menyaksikan Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 305 orang daripada keseluruhan 644 mangsa di Terengganu.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa bersedia berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan dikebanyakan tempat akan berterusan sehingga Selasa depan.

   

 


Tag: