• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Bazar Ramadan Tok Adis Ditutup 14 Hari

KUALA TERENGGANU, 17 April - Bazar Ramadan Tok Adis, Kuala Ibai ditutup sementara selama 14 hari bermula semalam hingga 30 April depan. 

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengesahkan tentang notis penutupan itu dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan operasi pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarahnya, Dr Nor Azimi Yunus berkata ia adalah bazar Ramadan pertama yang diarah tutup sementara di Terengganu

Katanya, pemantauan telah dilakukan oleh pegawai penguatkuasa di lokasi itu selama beberapa hari dan didapati banyak pelanggaran SOP berlaku.

"Penutupan ini bagi memberi masa kepada penganjurnya, dapat memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan memastikan ia dipatuhi oleh peniaga dan pengunjung.

"Arahan penutupan bazar itu bukan secara mengejut kerana nasihat telah pun diberi... .penutupan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan dan berharap langkah ini akan menjadi iktibar kepada semua agar mereka tidak cuai dalam pematuhan SOP," katanya ketika dihubungi.

Menurut kenyataan tersebut, notis perintah tutup itu adalah di bawah Seksyen 18 (1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 oleh KKM.


Tag: