• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Belanjawan 2021 : Bayaran Cukai Pintu Terus Dikecualikan

KUALA TERENGGANU, 23 November – Pengecualikan bayaran cukai pintu rumah kediaman yang dimulakan pada 2019 diteruskan tahun hadapan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM13 juta bagi tujuan itu.

"Memahami kesempitan rakyat ketika pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri akan meneruskan pengecualian bayaran Cukai Taksiran untuk rumah kediaman yang menelan belanja melebihi RM13 juta pada tahun ini.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2021 Terengganu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini.


Tag: