• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Belanjawan 2021 : RM10 Juta Bina Mahkamah Tinggi Kemaman

KUALA TERENGGANU, 23 November - Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM10 juta bagi pembinaan Mahkamah Tinggi Syariah di daerah kemaman.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan untuk menaik taraf infrastruktur mahkamah syariah di negeri ini.

"Kerajaan Negeri sebagai permulaan, akan membina Kompleks Mahkamah Tinggi Syariah di Kemaman dengan peruntukan sebanyak RM10 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2021 Terengganu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini.

Terdahulu, Ahmad Samsuri turut mengumumkan  sejumlah RM300 ribu diperuntukkan bagi usaha memperkasakan program pelaksanaan syariah secara berperingkat melalui penerangan, kempen, penguatkuasaan undang-undang, pemulihan dan seminar berkaitan syariah kepada semua lapisan masyarakat.

"Sejajar dengan matlamat untuk menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang sejahtera, kerajaan negeri berhasrat untuk memartabatkan institusi perundangan syariah di Negeri Terengganu," tambah beliau.


Tag: