• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Belanjawan 2021 : RM25.5 Juta Rancakkan Pembinaan Rumah

KUALA TERENGGANU, 23 November – Peruntukan sebanyak RM25.5 juta bakal merancakkan lagi pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, projek itu adalah kesinambungan daripada tahun-tahun terdahulu bagi mencapai sasaran 20,000 RMM.

"Melalui kerjasama dengan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) akan memperuntukkan sebanyak RM25.5 juta bagi menyediakan lebih banyak Rumah Darul Iman (RAHMAN) untuk golongan B40 termasuklah pelaksanaan dua projek baharu iaitu RMM Bukit Gasing II, Marang dan RPMM Bukit Tumbuh, Kuala Nerus," katanya.

Ahmad Samsuri.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2021 Terengganu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga prihatin dengan keadaan rumah rakyat yang kurang berkemampuan.

“Untuk itu, kita memberi peruntukan sebanyak RM16 juta dalam projek Perumahan Terengganuku Sejahtera bagi membaik pulih rumah yang rosak,” tambah beliau.


Tag: