lightning-solid
Berita :
Belanjawan Terengganu 2021 Akan Dibentangkan Esok
Belanjawan Terengganu 2021 Akan Dibentangkan Esok
Suriati Ali
22 Nov 20
1736

KUALA TERENGGANU, 22 November- Belanjawan Terengganu 2021 (Bajet 2021) akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini esok.

Persidangan itu dijangka berlangsung selama tiga hari mulai esok, 23 November mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti saranan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan bersiaran secara langsung melalui TV Darul Iman kira-kira jam 9.00 pagi bagi membentangkan Bajet itu.

Orang ramai boleh melayarinya melalui laman https://www.trdi.my/.

 


Tag :

Artikel Berkaitan