• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Beri Motivasi Kepada Mangsa Banjir

DUNGUN, 22 Disember- Mangsa banjir perlu diberi suntikan semangat dan motivasi agar tabah menghadapi ujian.

Penolong Pegawai Seranta Akademi Didik Ulama dan Amilin Terengganu (DUAT) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Azman Khidmir Zulakmal berkata, Allah turunkan ujian sebagai tanda kasih Allah kepada hambaNya.

"Apabila datangnya ujian perlu sentiasa berdoa dan bergantung harap kepada Allah agar lebih beriman dan bertakwa, ujian daripada Allah adalah tanda Allah kasih dan sayang , ujian diturunkan oleh Allah untuk menghapuskan dosa-dosa dan kesalahan manusia.

"Di sebalik ujian ini juga akan meraih perasaan simpati untuk saling cakna mencaknai serta membawa kepada saling tolong menolong diantara satu sama lain, yang membawa kepada pertautan kasih dan sayang sesama manusia," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sedikit motivasi kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampung Tersusun Rantau Panjang, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Tersusun Rantau Panjang, Nor Zakirah Mohd Zaid merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat memastikan kebajikan mangsa banjir di pusat itu terjaga.

"Terima kasih kepada Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Haji Ghazali , semua agensi, jabatan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO),  yang telah memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga dan segala urusan ketika banjir dapat diuruskan dengan baik,serta tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," ujarnya.


Tag: