• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

MARANG, 16 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong menyeru kepada masyarakat Tionghua khususnya supaya dapat membina sebuah keluarga Wakaf Tapai yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. 

Katanya, andai Keluarga Malaysia cukup besar dan sukar dibina dikalangan masyarakat setempat, maka keluarga kecil Wakaf Tapai mesti dapat direalisasikan. 

"Keluarga kita ini adalah keluarga Malaysia, tetapi sekiranya kita merasakan ia terlalu besar untuk kita, jadi mari sama-sama kita membina sebuah keluarga kecil, iaitu keluarga Wakaf Tapai. 

"Keluarga yang dimaksudkan ini adalah keluarga yang menghimpun seluruh komuniti setempat yang terdiri daripada perlbagai bangsa, agama mahupun pegangan politik, iaitu Melayu, Cina, India dan juga lain-lain bangsa," ujarnya ketika berucap di Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Wakaf Tapai,baru-baru ini.

Dalam tumpuan sama, beliau juga turut menyeru masyarakat setempat supaya sama-sama membina satu kekuatan serta perpaduan dalam berkehidupan masyarakat majmuk. 

"Hal ini disarankan supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni, perpaduan dan sejahtera," ujarnya.

Selain itu, Sulaiman juga turut memohon kepercayaan daripada orang ramai khususnya warga Tionghua supaya harapan untuk membina perpaduan itu dapat dijayakan. 


Tag: