• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

'Birthday Girl' Terima Kejutan

KUALA TERENGGANU, 20 Februari – Beliawanis di Kampung Tok Ku Chabang Tiga yang menyambut ulang tahun kelahiran menerima kejutan daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata seramai 12 orang di Kampung Tok Ku menerima kejutan selamat hari lahir tanda keperihatinan pihak PKM Bandar kepada golongan muda.

“Program ini merupakan rutin PKM Bandar ke setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di dalam Dun Bandar.

"Kali ini kami bergerak ke JPKK Tok Ku Chabang Tiga untuk bertemu 12 orang beliawanis bagi meraikan hari kelahiran mereka,” katanya ketika menziarahi Kg Tok Ku dalam program 'YB cakna Rakyat'. 

Ahmad Shah ketika menziarahi warga emas di Kampung Tok Ku Chabang Tiga.

Tambahannya lagi, PKM Bandar bukan sahaja meraikan hari kelahiran, malah turut menziarahi ibu baru yang lahirkan anak, dan warga emas.

“Selain dari membuat kejutan hari lahir, pihak kami turut menyantuni ibu dalam pantang bersalin dan warga emas,” ujarnya.

 


Tag: