lightning-solid
Berita :
Bola Tampar Terengganu Tekad Bantu Capai Sasaran 61 Emas
Bola Tampar Terengganu Tekad Bantu Capai Sasaran 61 Emas
Mohd Haniff Abas
2 jam yang lepas
39

KUALA TERENGGANU, 11 Ogos - Pasukan bola tampar Terengganu tekad memberikan saingan terbaik dan membantu negeri mencapai sasaran 61 pingat emas pada temasya SUKMA 2026.

Bapa Angkat Sukan Bola Tampar SUKMA 2026 merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama para atlet bola tampar Terengganu bagi memberikan suntikan semangat sebelum pasukan beraksi pada temasya yang akan bermula tidak lama lagi.

Dalam pertemuan berkenaan, turut disampaikan sedikit sumbangan kepada pasukan sebagai tanda sokongan dan semangat kepada para atlet yang bakal membawa cabaran negeri.

“Terengganu menyasarkan 61 pingat emas pada SUKMA 2026, dengan bola tampar antara sukan yang diharapkan mampu menyumbang kepada pencapaian sasaran berkenaan.

"|Persiapan dan latihan telah dijalankan sejak tamat SUKMA 2024 bagi memastikan para atlet berada pada tahap terbaik untuk menghadapi kejohanan”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis keraian bersama pengurusan dan atlet bola tampar terengganu di Restoran Deelight, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ahmad Bukhari Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) JKR Terengganu, Anuar Mohd Azlan yang mewakili JKR Terengganu selaku Jabatan Angkat kepada pasukan bola tampar SUKMA Terengganu.

katanya, kejayaan dalam sesuatu pertandingan bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya memerlukan kesungguhan, komitmen dan disiplin tinggi daripada setiap pemain, selain semangat kerjasama serta sokongan daripada pengurus dan seluruh pasukan.

Beliau turut mengingatkan para atlet supaya berusaha sebaik mungkin selain tidak melupakan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kemenangan.

“Semoga pasukan bola tampar Terengganu diberikan kesihatan yang baik, kekuatan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi sepanjang menghadapi saingan SUKMA 2026," ujarnya.

Pada SUKMA 2024, Terengganu berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan dan sasaran kali ini adalah untuk membantu negeri mencapai kedudukan lebih baik serta muncul sebagai juara keseluruhan.



Tag :

Artikel Berkaitan