• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Bot JAM Paka Sedia Menyelamatkan Mangsa Banjir Terperangkap

DUNGUN, 21 Disember - Bot Jabatan Amal Malaysia (JAM) Paka akan digunakan untuk perkhidmatan menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap.

Ketua JAM Paka, Abdul Latif Abdul Rashid berkata, ujian kesiapsiagaan yang dikenali sebagai "Test Drive Boat" menjadi sebahagian daripada persediaan menyeluruh mereka untuk menghadapi kemungkinan banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka khususnya.

"Pentingnya ujian ini sebagai langkah awal dalam memastikan semua bot dalam keadaan baik sebelum terlibat operasi menyelamat atau bantuan banjir yang kemungkinan terjadi pada bila-bila masa sahaja ketika musim tengkujuh ini. 

"Ujian "Test Drive Boat" ini adalah langkah proaktif kami untuk meminimakan risiko dan memastikan keberkesanan operasi menyelamat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita semasa menjalankan ujian ke atas bot berkenaan.

Selain itu, komitmen penuh dari JAM Paka menunjukkan persiapan mereka untuk bertindak cepat dan efisien dalam menghadapi bencana banjir yang mungkin melanda kawasan tersebut pada musim hujan ini.

"Kita sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk melindungi dan membantu komuniti dalam mendepani cabaran musim tengkujuh yang dijangka akan berlaku lagi bagi gelombang yang seterusnya, " jelas beliau. 


Tag: