• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

BPIS: Komitmen Pemerintah Dalam Urusan Ibadah

KUALA NERUS, 18 Februari - Kerajaan Negeri menyatakan komitmen bagi terus menambah baik usaha terhadap kesedaran rakyat dalam solat berjemaah bersempena sambutan Bulan Penghayatan Ibadat Solat (BPIS) sepanjang bulan Rejab.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim berkata umat Islam perlu cermat dalam urusan ibadah wajib ini termasuklah mengejar kelebihan solat berjemaah di masjid atau surau.

"Penekanan yang dilakukan di peringkat kerajaan bukan sahaja terhadap kewajipan solat fardu bahkan usaha mencapai kesempurnaan solat itu sendiri. 

“Melalui program seumpama ini, kita mengharapkan satu kesedaran dalam masyarakat khususnya anak-anak muda tentang kepentingan dan kedudukan solat itu sendiri yang terlalu tinggi nilainya di sisi Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Daurah Solat bersempena Bulan Penghayatan Ibadah Solat anjuran Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) Buluh Gading di Masjid Kg Jeram, Manir baru-baru ini.

Daurah tersebut disampaikan oleh Ahli Panel Klinik Hukum Terengganh, Mohd Hanafiah Hussin yang memfokuskan kepada kepada kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam solat dan solusi untuk memperbaiki ibadah solat.

 


Tag: