• 06 Okt 2024 | 03 Rabiul Akhir 1446

Bubur Lambuk Eratkan Silaturahim


DUNGUN, 25 November- Bubur lambuk adalah  makanan tradisi orang Terengganu dan menjadi juadah istimewa yang mampu mengeratkan silaturahim sesama anggota masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu, Alias Harun berkata bubur lambuk merupakan simbol keakraban masyarakat kampung terjalin erat.

"Bukan sahaja masa kita hantar bubur lambuk kita dapat bertanya kabar tetapi  tradisi bergotong royong untuk  menyediakannya juga salah satu cara untuk bertemu mata jiran  sekampung. 

" Tetapi dengan budaya norma baharu untuk  mematuhi Prosedur Operasi Standard(SOP) jadi terpaksalah had bilangan orang kampung yang boleh datang bergotong royong, " katanya

Alias berkata demikian di dalam ucapan ringkasnya sebelum mengedarkannya kepada penduduk - penduduk di Kampung Rantau Abang di sini.

Gimik Agihan Bubur Lambuk, Alias menerima bubur lambuk daripada Jamaluddin(tengah) sambil diperhati Pengerusi JPKK Rantau Abang, Muhammad Deraman(paling kanan). 

Program sempena 'Himpunan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) Parlimen Dungun(HI-PADU 0.5) itu adalah anjuran iMiTS Parlimen Dungun yang melibatkan kakitangan iMiTS DUN-DUN di Dungun dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Rantau Abang serta penduduk setempat.

Sehubungan itu, Pengarahnya, Jamaluddin Jusoh berkata program tersebut adalah sebagai 'batu loncatan' untuk memasyarakatkan iMiTS.

"Di masa yang sama kita mahu mengumpulkan semua kakitangan iMiTS dan kita melihat penerimaan masyarakat sangat positif disamping kerjasama yang erat antara ADUN Rantau Abang dan masyarakat kampung," katanya. 


Tag: