• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Bubur Lambuk Percuma Di Masjid Abidin 4 Hingga 8 Jun Ini


Kerajaan negeri menerusi anak syarikat, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) akan meneruskan tradisi mengagihkan bubur lambuk percuma kepada umat Islam sempena sambutan Ramadan tahun ini.

Pengagihan selama lima hari bermula 4 Jun, di Masjid Abidin atau dikenali Masjid Negeri melibatkan kira-kira 7,500 bungkus bubur lambuk dengan peruntukan RM28,000 sebagai tanggungjawab sosial korporat badan itu.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut meluangkan masa mengagihkan bungkusan makanan berkenaan kepada orang ramai, hari ini.

"Kita meneruskan tradisi mengagihkan bubur lambuk secara percuma sebagaimana dilaksanakan tahun- tahun sebelum ini,"kata Ahmad Razif.



Turut serta, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Imam Besar Masjid Negeri, Aizi Saidi Abdul Aziz.

Katanya, bermula 4 Jun nanti, sebanyak 1,500 bungkusan bubur lambuk akan disediakan setiap hari hasil sumbangan dan dana yang terkumpul menerusi orang perseorangan dan badan korporat.


Sehubungan itu, orang ramai dijemput ke Masjid Abidin bagi mendapatkan bubur lambuk percuma sepanjang tempoh berkenaan.


Tag: