• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

Budaya Hidup Bersyariat Tanggungjawab Bersama

DUNGUN, 12 Jun- Pembudayaan hidup bersyariat  yang  menjadi identiti dan jati diri kepada kerajaan Negeri Terengganu dan seluruh rakyatnya adalah tanggungjawab bersama. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, Islam merupakan suatu agama rahmat dan kasih sayang, bukan suatu pendekatan yang berbentuk kekerasan. 

"Islam juga sebagai agama yang membawa rahmat seluruh alam bukan sahaja kepada manusia malah juga kepada alam semesta. 

"Sistem pemerintahan, perundangan syariah dan permasalahan masyarakat baik orang Islam dan bukan Islam. 

"Pemerkasaan Islam merupakan asas 
kepada pentadbiran dan pembangunan negeri Terengganu Darul Iman," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pembudayaan Kehidupan Bersyariat peringkat daerah Dungun 2023M/1444H di Masjid Pak Sabah di sini.

Turut hadir, ADUN Rantau Abang, Alias Harun dan Penolong Pegawai Daerah Dungun, Fairul Hisham Mat. 

Katanya, beliau difahamkan program yang diadakan selama dua hari itu, sangat berkait rapat dengan tema kerajaan negeri iaitu Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera. 

"Secara umumnya untuk mencapai sebuah negeri Terengganu yang berkat, maka 
seluruh komponen yang ada dalam kerajaan negeri, pentadbiran, jentera-jentera, agensi-agensi dan seluruh rakyatnya mestilah membudayakan syariat Allah SWT," jelasnya lagi. 


Tag: