• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Buka Peluang Orang Ramai Hulur Sumbangan

DUNGUN, 18 November- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) Cawangan Taman Indah telah mewujudkan pusat pengumpulan barang bantuan bencana bagi memberi peluang kepada masyarakat serta para dermawan untuk menyumbang kepada pihak yang memerlukan sekiranya berlaku bencana banjir.

Pengerusi MPKK cawangan berkenaan, Zakiah Alias berkata, pusat tersebut telah beroperasi bermula 15 November lepas.

"Kita membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang barangan dapur seperti beras, gula, gandum, minyak masak serta pelbagai barang bekalan boleh disumbangkan disamping turut menerima pakaian terpakai, air minuman, tuala wanita serta lampin pakai buang.

"Pusat ini bertempat di Bilik Gerakan MPKK Taman Indah bagi memastikan segala keperluan dan bekalan tidak terputus sepanjang berlaku bencana banjir," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, baru-baru ini.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata kewujudan pusat berkenaan dilihat sangat efektif dalam memastikan kebajikan mangsa banjir terbela.

"Ini adalah salah satu usaha murni, justeru saya mencadangkan agar MPKK lain turut mengikuti apa yang diusahakan ini," ujarnya.


Tag: