KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Pasukan Bukit Tok Ris FC muncul johan pada Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Piala YB Ahli Parlimen Kuala Nerus 2025 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) semalam.
Manakala, pasukan Taman Murni Permai FC meraih naib johan dan tempat ketiga bersama ialah pasukan Paya Datu FC dan pasukan GERS BTJ FC.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Alias Razak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada barisan jawatankuasa pelaksana yang telah berusaha menjayakan kejohanan ini.
“Semangat juang yang tinggi dan berpasukan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan wajar dipuji setelah kedua-dua pasukan memberikan saingan yang sengit sehingga tamat perlawanan.
“Apa yang lebih penting adalah objektif penganjuran kejohanan ini iaitu sukan menyatukan kita semua,” katanya.