• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Cakna Aduan Sekatan Jalan sempena Berkuat Kuasanya PKPB

KEMAMAN, 11 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili telah menerima pelbagai bentuk aduan berkaitan sekatan pihak berkuasa yang dijalankan di hadapan Masjid Batu Putih, Kertih di sini.

Sekatan itu adalah laluan untuk ke Felda Kerteh dan Ketengah Jaya di mana berlaku kes penularan wabak COVID-19. Orang ramai telah membuat aduan terhadap sekatan itu, mereka mendakwa bahawa berlaku kekangan lalu lintas setelah ianya berkuat kuasa.

OCPD yang berpakaian seragam hitam sedang menyelesaikan urusan saman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, 50, yang ditemui ketika berkunjung ke pondok polis berhadapan Masjid Batu Putih, berkata, pihaknya bersama Ir Saiful akan menyelesaikan permasalahan yang berlaku serta memberi kadar potongan kompaun saman sebanyak 30 peratus buat mereka yang telah disaman sebelum ini.

Arahan baharu dikeluarkan bagi pengguna jalan itu yang diberi kelonggaran dari jam 6 pagi hingga 9 pagi, sewaktu orang ramai sibuk ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sekatan berhadapan Masjid Batu Putih.

Sementara itu, menurut Ir Saiful, objektif utama polis mengadakan sekatan adalah untuk mengekang penularan pandemik COVID-19  terutamanya di Mukim Rasau, selain mendisiplinkan orang ramai serta memberi pengajaran kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan.

"Orang ramai dinasihati mematuhi arahan yang diberi agar memudahkan kerja-kerja anggota yang bertugas, dengan memakai helmet atau tali pinggang keledar ketika memandu. Biarlah lebih kebaikan daripada keburukan, kerana kita semua tak mahu menyusahkan orang kampung setempat,” katanya.


Tag: