• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

CITF : Perhatian Khusus Pada Terengganu, Kadar Vaksinasi Kurang 55 peratus - Dr Adham

KUALA LUMPUR, 5 September - Perhatian khusus akan diberikan kepada tujuh negeri termasuk Terengganu yang mempunyai kadar vaksinasi kurang daripada 55 peratus.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan, enam negeri lain ialah Sabah, Kelantan, Kedah, Johor, Perak dan Pahang.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) juga akan meningkatkan program jangkauan di negeri terbabit dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jelasnya, kerjasama ATM turut diperlukan dalam aspek penggunaan aset termasuk penghantaran vaksin kepada penduduk pedalaman.

"(Selain itu) Untuk makluman, 17 organisasi telah diberikan kebenaran bagi melaksanakan PPV bergerak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). CITF menyeru agar negeri-negeri terus berhubung dengan organisasi ini yang berpengalaman menjalankan program PPV bergerak.

"Inisiatif vaksinasi secara pandu lalu dan walk-in juga akan terus diperhebatkan dan diperluaskan lagi. Negeri-negeri adalah disaran untuk membuka lebih banyak PPV pandu lalu sekiranya masih terdapat keperluan untuk meningkatkan kapasiti," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Tag: