• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

COVID-19 : 500 Barang Keperluan Dapur Diagih


Oleh: Amaarsallehudin

MARANG, 26 Mac- Sebanyak 500 pelbagai barang keperluan dapur diagihkan secara berperingkat- peringkat kepada penduduk berpendapatan rendah dan golongan asnaf di Dewan Undangan Negeri Alur Limbat mulai semalam.

Agihan itu bagi membantu golongan berkerja sendiri dan tiada pendapatan tetap yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman turut  bersama- sama ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mengagihkan barangan itu.

Ariffin berkata pihaknya berharap apa yang diagihkan itu dapat membantu meringankan beban penduduk yang terjejas pendapatan akibat  PKP.



"Saya berharap orang ramai termasuk penduduk di Alor Limbat banyakkan bersabar, banyak berdoa semoga apa yang diusahakan kerajaan menghapuskan koronavirus menjadi kenyataan," katanya.

Tag: