• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

COVID-19 : Hubungi MPKK, Elak Memuatnaik Status


Oleh: Aslam Wira

MARANG, 30 Mac – Orang ramai dinasihatkan  berhubung secara terus dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sekiranya berdeoan dengan masalah, bukannya memuatkan naik status di mana- mana laman sosial.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Nasaruddin, tindakan segelintir pihak yang gemar memuatnaik status akan bertambah mengeruhkan keadaan.

"Sepatutnya perlu bersama- sama membantu mereka yang susah terutama sepanjang tempoh Perintah Kewalan Pergerakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan bantuan kepada penduduk berpendapatan rendah di kawasan Rhu Rendang.

Beliau berkata, sehingga hari ke 13, DUN Rhu Rendang sudah mengagihkan sumbangan keperluan barang dapur kepada 626 buah keluarga.

“Kesemua keluarga tersebut adalah mereka yang menghubungi Pengerusi MPKK masing-masing melalui telefon ataupun mereka yang dikenalpasti sebagai golongan yang dikategorikan sebagai betul-betul kritikal.”

“Kritikal disini bermaksud mereka yang terputus pendapatan harian kerana tidak dapat bekerja atau tiada pendapatan tetap secara bulanan disepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.” katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa di sepanjang 24 jam, telefonnya terbuka untuk menerima panggilan daripada pengerusi MPKK sekiranya terdapat aduan.

“Adapun agihan yang
dibuat oleh NGO dan individu persendirian adalah diluar bidang kuasa MPKK Dan PKM Rhu Rendang,” tambahnya lagi.

Tag: