• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

COVID-19 : Tiga Pejabat Di Wisma Darul Iman Ditutup 7 Hari

KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Tiga jabatan di Wisma Darul Iman ditutup selama 7 hari bermula 10 hingga 16 Mac susulan terdapat tiga  kes positif COVID-19 dalam kalangan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, berkata penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak di kawasan berkenaan.

"Tiga pejabat berkenaan adalah Pejabat Tanah dan Galian Terengganu (tingkat 11), Pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri (tingkat 12) dan Pejabat Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu di tingkat 13.

"Hasil siasatan mendapati kes-kes positif berkenaan bergaul rapat dengan pekerja di tiga pejabat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, penutupan sementara itu dijalankan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit dan membolehkan proses disinfeksi serta sanitasi dijalankan bagi mengelak penularan,


Tag: