• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

COVID-19 : JKNT Nafi Ada Kes Di Kg Padang Jambu, Dungun

 

KUALA TERENGGANU, 22 Julai - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan terdapat kes baharu jangkitan Covid-19 di Kampung Padang Jambu, Dungun seperti tular di aplikasi facebook.

Pengarah JKNT Dr Nor Azimi Yunus berkata, maklumat tular itu tidak tepat kerana tiada kes Covid-19 dikesan di Kg. Padang Jambu seperti mana yang ditularkan. 

“Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Dungun ada menerima notifikasi seorang remaja perempuan yang mempunyai gejala Influenza Like Illness (ILI) pada 19 Julai 2020. 

“Beliau telah diberikan rawatan dan dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemantauan lanjut. 

“Ujian PCR bagi pengesanan Covid-19 telah dijalankan dan hasil keputusan yang diperolehi pada 21 Julai 2020 adalah negatif,” ujar beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Justeru, JKNT meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak sahih atau palsu yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat

Katanya, pihak jabatan juga  amat menghargai keprihatinan masyarakat dalam mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan Covid-19 di Negeri Terengganu. 

“Segenap lapisan masyarakat digesa untuk meningkatkan kawalan kendiri serta tidak merasa selesa dan alpa terdapat risiko jangkitan Covid-19 dalam komuniti,”tambah beliau. 


 


Tag: