• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Dakwah Jalanan Pilihan Belia Manfaat Cuti

KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Sebahagian belia di negeri ini memanfaatkan malam hujung minggu untuk menjalankan aktiviti dakwah jalanan bagi memenuhi masa lapang.

Pengarah Operasi Skuad Amar Makruf Kuala Terengganu, Ahmad Asyraf Mohd berkata, aktiviti tersebut dijalankan bagi membantu penguatkuasa pencegahan jenayah syariah mengawal pelanggaran sosial di lokasi-lokasi tumpuan.

 "Kita sekadar membantu untuk mewujudkan suasana, serta menghidupkan rasa ambil cakna dalam diri.

"Kita juga mahu menyeru anak-anak muda untuk sama-sama menjalankan aktiviti dakwah, disamping boleh membantu jabatan agama mewujudkan negeri maju berkat sejahtera," katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas pelaksanaan program di Pantai Batu Buruk, semalam.

Dalam program berkenaan, skuad Amar Makruf Kuala Terengganu menjalankan aktiviti dakwah di sepanjang pantai sambil mengedarkan risalah kesedaran terhadap masalah zina yang berleluasa.

Tambahnya, pelanggaran sosial banyak terjadi dan sering meningkatkan terutama di hari-hari perayaan atau sambutan tertentu.

"Mewakili skuad amar makruf, kami menyeru rakyat Terengganu mengambil iktibar dari ujian yang ditimpakan kepada kita baru-baru ini iaitu banjir untuk menginsafi bahawa kehidupan ini dikawal oleh Allah SWT," katanya.

 

 

 

 

 

 


Tag: