• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Dakwah Tanggungjawab Setiap Individu Muslim

KUALA TERENGGANU, 15 Disember – Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah menganjurkan Program Dakwah Jalanan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab dakwah di Dataran Pantai Batu Buruk, baru-baru ini.

Pengarah Program Dakwah Jalanan, Mohd Kazman Ishak ketika ditemui berkata, tanggungjawab meyampaikan dakwah merupakan peranan setiap individu Muslim kerana mereka semua merupakan duta yang mencerminkan kecantikan Islam.

“Justeru, tugas ini tidak hanya terletak kepada golongan ustaz dan ustazah sahaja.

“Kita boleh menyampaikan dakwah melalui percakapan ataupun melalui perbuatan dengan menjaga tingkah laku kita dengan baik,” katanya.

Antara pemenang hadiah cabutan bertuah

Tambahnya, apa sahaja perbuatan yang mendekatkan diri dan masyarakat kepada Allah SWT dikira sebagai dakwah. 

“Alhamdulillah, kehadiran peserta pada hari ini dianggarkan sekitar 60 orang walaupun dalam keadaan hujan,” katanya. 

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut ialah penyampaian tazkirah, agihan risalah, penyampaian hadiah cabutan bertuah, agihan aiskrim percuma dan agihan belon percuma.

Agihan aiskrim percuma kepada peserta