lightning-solid
Berita :
Dato’ Mohd Azmi Dilantik SUK Terengganu ke-28
Dato’ Mohd Azmi Dilantik SUK Terengganu ke-28
Mastura Jamal Din
9 jam yang lepas
210

KUALA TERENGGANU, 11 Januari - Pegawai Kewangan Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu yang ke 28 berkuat kuasa pada Ahad.

Mohd Azmi yang mempunyai pengalaman luas selama 25 tahun dalam perkhidmatan awam akan menggantikan Dato' Nara Setia yang bersara pada 9 Januari 2026.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda), Universiti Teknologi Malaysia dan mempunyai Master Of Commerce (Management), Curtin University Of Technology, Perth, Australia  pernah bertugas di Lembaga Sumber Air Terengganu, Pejabat Sultan Terengganu dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

WhatsApp Image 2026-01-11 at 10.57.49 AM.jpeg 123.5 KB
Mohd Azmi yang diiringi Pegawai Kewangan negeri (PKN), Dato’ Tun Ahmad Faisal Tun Ahmad Razak, Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pengurusan), Datuk Ab Rasid Jusoh mengetip kad perakam waktu tepat jam 8.30 pagi sebaik tiba di pejabatnya di tingkat 15, Wisma Darul Iman.
WhatsApp Image 2026-01-11 at 10.57.48 AM.jpeg 107.96 KB
Sementara itu, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu,Tun Ahmad Faisal, dilantik sebagai PKN baharu menggantikan tempat Mohd Azmi berkuat kuasa tarikh sama.


Tag :

Artikel Berkaitan