• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Debaran Kian Terasa, Nafuzi Anggap Ibarat Perlawanan Akhir

KUALA TERENGGANU, 7 November- Menjelang beberapa jam sebelum sepak mula aksi Piala Malaysia 2020 antara Terengganu Football Club (Terengganu FC) dan Petaling Jaya City (PJ City) malam ini, debaran kedua-dua pasukan semakin memuncak.

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain menyifatkan pertemuan pusingan pertama ini ibarat perlawanan akhir dan pasukannya akan memberikan sepenuh komitmen untuk memperagakan aksi terbaik.

"Walaupun kita menang dalam pertemuan semasa Liga Super, tetapi Piala Malaysia ini berbeza sama sekali. Bukan laluan mudah untuk dihadapi dengan PJ City sering membuat kejutan bertemu pasukan besar.

"Bagi saya, mungkin kelebihan kita biasa beraksi di tempat sendiri, tetapi sekarang kita beraksi tanpa penonton dan dari segi sokongan moral oleh penyokong tidak jauh berbeza," katanya ketika ditemui pemberita di padang latihan Terengganu FC, baru-baru ini.

Di atas kertas, Sang Penyu memiliki kelebihan dari segi pemilihan pemain import yang lebih ramai selain majoriti pemain tidak berdepan kecederaan.

"Bagi saya, saya fokus dengan kemenangan perlawanan pertama dan selepas itu baru kita akan fikirkan dengan siapa kita bertemu," katanya yang amat mengharapkan doa daripada semua penyokong kepada seluruh pasukan.


 

 


Tag: