• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Dekati Masyarakat Ke Arah Kebaikan



Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 23 Februari- Muslimat PAS Rantau Abang diharap sentiasa mengambil tanggungjawab untuk mendekati masyarakat setempat yang menjadi sasaran dakwah bagi mengajak mereka ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri berkata, mereka juga digalakkan berkongsi kemahiran yang dimiliki sesama mereka untuk saling lengkap melengkapi di dalam mencurah bakti kepada masyarakat.

"Kita perlu turun padang bertemu orang ramai dan mendekati mereka dengan ilmu yang kita ada untuk bantu mereka.

“Jangan ada rasa kedekut dengan ilmu yang kita ada, ilmu untuk manfaat bersama tidak semestinya ilmu agama sahaja, contohnya ilmu menjahit, membuat kuih atau apa sahaja," ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika merasmikan Program Tamrin Qiadi di Jalan Intan di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dungun, Jamaluddin Jusoh Al Hafiz.

Katanya, dengan pengkongsian ilmu juga diharap dapat menambah bilangan orang yang mahir sesuatu bidang itu.

Tag: