• 16 Apr 2024 | 7 Syawal 1445

Dewan Sivik Jerangau Berwajah Baru

DUNGUN, 11 November- Dewan Sivik Jerangau kini berwajah baru setelah dibaik pulih dengan kos sebanyak RM58,000 melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) kepada Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, bangunan yang sebelum ini terbiar telah disiapkan melalui beberapa fasa.

"Dimana tahun sebelum 2018 ianya telah menjadi bangunan terbiar tanpa sebarang penjagaan mahupun dibaik pulih sekian lama, tetapi bermula dua tahun lalu melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jerangau ianya mula dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan telah dapat dibaik pulih sepenuhnya," ujarnya ketika ditemui pihak media, hari ini.

Beliau berharap agar Dewan Sivik Jerangau itu akan dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan diadakan pelbagai program kemasyarakatan.

Dalam pada itu, Pengerusi MPKK Jerangau, Arfan Tahir berkata, melalui peruntukkan Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah telah turut melengkapkan lagi kemudahan pada dewan berkenaan seperti dibaik pulih longkang, pendawaian elektrik, dibina stor dan juga telah dibina tandas.

"Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Dungun serta Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, ianya akan kita manfaatkan sebaik-baiknya, Insya- Allah,Dewan Sivik ini juga telah berperanan sebagai Pengkalan Hadapan disaat menghadapi banjir" katanya.


Tag: