• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

DITC : Lokasi Terbaik Riadah Bagi Penjawat Awam.

Oleh : Fatimah Din

KEMAMAN, 12 Februari - Darul Iman Training Centre (DITC) antara lokasi terbaik untuk diadakan pelbagai program oleh golongan penjawat awam.

Seorang penjawat awam, Hidayah Azlin, 27, berkata tempat tersebut memang sesuai untuk penjawat awam berkursus, mengikuti pelbagai kem latihan dan mengadakan pengisian kerana kelengkapan fasilitinya.

Kawasan bukitnya sesuai untuk aktiviti lasak

Di samping itu, tambahnya DITC terletak di tepi Pantai Teluk Kalong adalah lokasi strategik yang menjadi tarikan semua pencinta pantai dan kawasan berbukit untuk aktiviti lasak. 

"Bilik penginapan pun selesa, murah dan ada 'view' pantai di bilik bernombor ganjil dan ada kawasan  yang luas untuk riadah ringan-ringan dan hari keluarga," katanya yang ditemui ketika sedang mengikuti satu kursus di sini kelmarin.

Manakala rakannya, Ummi Syuhada Halmi Shari, 33 yang turut bersetuju sambil berkata makanan yang disediakan tempat itu cukup berkualiti.


Tag: