• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

"Dok Leh Tidur Takut Air Naik"

 

HULU TERENGGANU, 18 November - "Kami sekeluarga tidak dapat tidur sejak semalam apabila hujan terlalu lebat sejak pagi semalam dan paras Sungai Telemong mula naik" ujar Nursuriana Abdul Ghani.

Remaja yang berusia 20 tahun itu sempat menceritakan detik-detik cemas apabila air sungai berhampiran rumahnya mula melimpah dan membanjiri kawasan sekitar hampir satu meter.

"Saya dan mak serta ahli keluarga yang lain tidak dapat lelapkan mata sebab takut air naik dalam rumah dan kami tak sempat nak berpindah.

"Kami sekeluarga mula mengemaskan barang termasuk peti ais dan dokumen penting sejak 7 petang semalam bila tengok keadaan agak berbeza sebab air naik terlalu cepat," ujarnya ketika ditemui di perkarangan rumahnya di Kampung Kepah, hari ini.

Katanya, sehingga saat ini, hanya ruang tamu sahaja belum dinaiki air berbanding dapur yang mula tenggelam.

Terdahulu, amaran hujan lebat yang dipertingkatkan oleh MET dari amaran kuning ke jingga semalam, menunjukan kawasan yang menerima hujan melebihi 150mm/hari, air sungai telah melebihi amaran dan juga bahaya.

Beberapa tempat telah mengalami banjir di daerah Setiu dan Hulu Terengganu bermula jam 10 malam  di Kampung(kg) Lubuk Panjang dan Gong Terap, Kg Bukit Nyior, Kg Pelong dan Kg langkap.

Sementara itu, Kg Kuala Ping dan kg sekitar di lembangan Sungai Telemong, Hulu Terengganu juga telah mengalami banjir.


Tag: