• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Drawbridge Diwarnai Cahaya Bendera Palestin Tanda Solidariti

KUALA TERENGGANU, 17 Mei -Jambatan angkat atau drawbridge dilimpahi cahaya lampu  melambangkan warna bendera Palestin sebagai tanda solidariti barisan kepimpinan dan rakyat Terengganu terhadap penduduk  di sana yang sedang diserang rejim Zionis Israel ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated (TI) Properties Sdn Bhd, Khalizan Mahmud berkata limpahan cahaya lampu empat warna iaitu merah, hijau, putih dan hitam mula dipasang pada pukul 7 malam ini selama tujuh hari berturut-turut.

"Disebabkan ketika ini adalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka tempoh pemasangan lampu adalah selama lima jam sahaja setiap hari iaitu sehingga 12 tengah malam.

"Nyalaan cahaya lampu ini merupakan tanda solidariti kepada rakyat Palestin. Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan penduduk Palestin dan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, pihaknya akan memasang  selama seminggu dan akan diselaraskan dengan perkembangan di Gaza. 

Jambatan angkat yang pertama  di Asia Tenggara itu mula dibuka kepada orang ramai pada 2019 menelan kos sebanyak RM248 juta kini menjadi ikon kebanggaan Malaysia khususnya rakyat Terengganu.

 

 

 

 


 


Tag: