lightning-solid
Berita :
Dua kakitangan Positif COVID-19, Ketengah Ditutup 14 Hari
Dua kakitangan Positif COVID-19, Ketengah Ditutup 14 Hari
Mastura Jamal Din
29 Oct 20
6281

 

DUNGUN, 29 Oktober - Ibu pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini ditutup selama 14 hari bermula 27 Oktober susulan dua kakitangannya disahkan positif koronavirus (Covid-19). 

Pengurus Besar  Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa dalam satu kenyataan berkata penutupan itu selaras dengan Notis Perintah Penutupan Premis Bagi Kawalan Perebakan Penyakit Berjangkit daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

Katanya, agensi akan mengambil tindakan dan langkah-langkah perlu selaras dengan arahan-arahan Kerajaan yang berkuatkuasa. 

"Sehubungan dengan itu semua kakitangan di ibu pejabat diarah bekerja dari rumah bermula 27 Oktober hingga 9 November.

"Ia bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan secara menyeluruh serta memastikan premis pejabat selamat diduduki," katanya.


Tag :

Utama

Artikel Berkaitan