• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

DUAT Pergiat Program Asah Bakat Pendakwah

KUALA TERENGGANU, 28 Jun - Kerajaan Negeri menerusi Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) membuat pembaharuan dalam menggilap kemahiran pendakwah dengan menganjurkan Kursus Pembangunan Daie Profesional - Kemahiran Komunikasi Dakwah Efektif selama dua hari satu malam, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah berkata, kursus itu diadakan bagi menambahbaik kualiti para daie dan asatizah sebagai pemangkin kepada pembangunan modal insan seiring dengan peredaran semasa yang penuh cabaran.

“Saya optimis Kursus Pembangunan Daie Profesional dapat mempertingkatkan nilai dan kualiti dalam penyampaian dakwah Islamiyyah agar terus membangun secara lebih mampan, barakah dan inklusif ke arah menyebarluaskan kefahaman Islam yang tulen dalam masyarakat negeri Darul Iman. 

“Tidak dilupakan, tugas daie bukan sahaja di lapangan, malah jua di alam maya. Kalian mesti proaktif dalam memberi komen-komen kebaikan berunsurkan dakwah di mana-mana platform media sosial bagi menangkis kemungkaran yang berleluasa,” beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian kursus tersebut yang diadakan di Hotel Grand Continental. 

Turut hadir, Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu - DUAT, Muhammad Ramlan Hj Mahmood.

Tambah beliau, Kursus Pembangunan Daie kali ini yang memasuki siri ke-2 adalah kesinambungan di mana siri sebelum ini ialah Bengkel Pembangunan Kreatif Daie Celik IT seiring dengan
belanjawan Terengganu 2022 juga memberi penekanan berkenaan pengembangan dakwah di negeri ini.  

Seramai 200 para daie yang terdiri daripada pelabagai latar belakang. 

 

 


Tag: