• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Oleh : Azizah Mahmood 

KUALA TERENGGANU, 12 Oktober - Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT)    menyebar luas agenda dakwah kepada rakyat untuk menjadikan negeri Terengganu sebuah negeri yang patuh syariah.

Pengarahnya, Ramlan Mahmood berkata, DUAT bertanggungjawab memperkasakan agenda dakwah kerajaan negeri di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Penerangan dan Dakwah, Mohd Nor Hamzah supaya sampai ke akar umbi. 

"DUAT turun ke setiap parlimen adalah bertujuan melihat sejauh mana landskap dakwah di setiap DUN (Dewan Undangan Negeri)," ujarnya.

Ramlah berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Pusat Khidmat  Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam di sini.

Lawatan turut dihadiri semua kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN tersebut.

Sehubungan itu, Penyelia i-MiTS DUN, Radzali A. Ghani berkata, kunjungan dan lawatan pimpinan DUAT negeri ke DUN adalah satu langkah menjalin hubungan yang lebih baik dalam menjadikan misi dan visi DUAT tercapai.

"Di samping merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahu menjadikan negeri Terengganu sebuah negeri yang patuh syariah," ujarnya yang juga Pengarah PKM DUN.


Tag: